Anna Rahim
HOME TUTORIAL TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Hati Aku
Friday, December 23, 2016 • 19:49 • 0 comments
Hati aku bukan mainan, hati aku bukan tempat untuk kau perjudikan perasaan kau yang hanya sementara tu. Hati aku hidup dan adalah tempat untuk seseorang yang layak untuk diduduki. Kenapa setiap yang hadir dalam hidup aku, hanya untuk membuatkan hati aku sakit dan terus sakit? Aku macam korang juga yang ada hati dan perasaan untuk ingin merasa kasih sayang insan yang betul-betul ikhlas terhadap aku. Tapi kenapa korang tipu aku, mempermainankan perasaan aku, kenapa? kenapa? kenapa? tak layak ke aku ni? Jahat sangat ke aku ni? Sorang-sorang datang tapi hanya untuk menyakitkan hati aku, buat aku macam patung, macam sampah! Hey, layak ke korang layan aku macam ni?

5 tahun aku berkawan dengan hairizam, dari form 1 until form 5, tapi semuanya sia-sia bila kawan rapat aku sendiri yang hancurkan hubungan tu. Hancur perasaan aku masa tu. Tapi aku tahu, semua tu memang balasan aku sebab aku curang dalam diam selama 3 tahun dengan farid. Tapi hubungan tu pun musnah dek kerana dia menyukai seseorang. Segalanya sia-sia. Kosong jiwa aku selapas diaorang tinggalkan aku. Dan aku baru tahu bahawa hubungan jarak jauh sangat menguji kesetiaan seseorang. Setahun setengah aku sendiri, hanya dengan sokongan parent aku dan kawan baik aku ayyum. Diaorang banyak support dan bagi nasihat dekat aku masa aku sambung form 6. 

Tak berakhir lagi kisah ni, hihih. Habis je form 6 aku kenal dengan ifwat, seorang jejaka yang kacak, putih comel tapi ego dan baran tak bertempat. Sikit-sikit aku mula untuk jadi seorang yang setia bila dengan dia. Tapi hanya sia-sia bila dia curang dalam diam masa aku dalam degree. Sakit sangat bila aku dapat tahu semuanya. Setahun aku ikut telunjuk dia, tak keluar bilik, tak bergaul. haha macam sampah dia layan aku bila aku jauh dengan dia. Tapi aku bodoh, sebab aku merayu dekat dia supaya dia balik dekat aku. Ye.. tak semudah tu bila dah diterima tapi layanan serupa sampah! curang depan-depan. Sakit sangat hati aku sampaikan aku tak boleh kawal perasaan aku. Habis loker aku tumbuk sampai pecah. 3 bulan aku tak bole move on. Seksanya aku masa tu. Bila aku mula untuk setia, kau mula menghacurkannya dengan kecurangan. 

6 bulan aku cuba move on. Aku tutup pintu hati aku serapat-rapat yang boleh. Aku mula bergaul dengan kawan-kawan aku, baik lelaki mahupun perempuan. Sampaikan 1 masa, aku terrapat dengan seseorang, Aiman. Perwatakan yang soft, peramah, dan pandai amik hati aku sampaikan aku mula ada perasaan dekat dia. Selalu keluar hangout, tak kisah la pergi mana pun. Seronok bila keluar dengan dia. Senyum saja. Sampaikan rasa sayang tu timbul. Tapi disebabkan ego yang tinggal, hubungan tu musnah sama sekali. Aku tak boleh terima bila dia berkawan dengan terlalu ramai perempuan, aku tak boleh bila dia terlalu manis mulut dengan perempuan lain. Aku tak boleh, tak boleh.

Yes aku ego! Aku sayang kau, aku rindu kau, Tapi aku tak boleh terima dengan apa yang kau dah buat dengan aku. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi. Yes aku redha walaupun mula-mula sangat perit. Aku harap kau bahagia dengan tunang kau.

Semester pertama sampai kedua aku hilang diri aku. Aku hipokrit! Aku musnahkan hidup aku dengan semua benda yang tak penting. And yes aku dah give up, give up! Aku tutup pintu hati aku walaupun ada ada terima seseorang dalam life aku. Tapi aku  minta maaf sebab aku tak boleh nak sayang dia sepenuh hati aku. Dan aku pun dah bagi tahu dia, dia boleh terima. Dan aku harap, dia sanggup tunggu aku sampai lah pintu hati aku ni terbuka untuk dia, dan terbuka untuk menyanyangi dia macam mana aku sayang yang sebelum nih. Tapi 1 je kau kena ingat, walaupun apa yang berlaku, aku tetap setia tw. Aku malas nak cari lain, kalau ada jodoh, ada lah, kalau tak ada kita redha ye. 

Sekian...


Future
Owner
Siti Noor Rafhanah
22 years old
Business Student
Johor [JDT]
Song




Visitors

visit counter
followers